Bersambung dari Bab 1/2...
MOUSE
Yang ketiga pula ialah mouse. Alat mouse inilah yang selalu kita gunakan untuk semua benda. Jika kita hendak bermain game atau melayari internet, kita memerlukan mouse. Secara keseluruhannya, kita lebih banyak menggunakan mouse daripada keyboard. Selain itu, jika tiada mouse, kaedah menggunakan komputer akan menjadi susah. Pada zaman sekarang, terdapat banyak jenis mouse dari pelbagai jenis syarikat seperti Logitech, Samsung etc. Mouse juga terdapat dalam pelbagai bentuk, warna dan rupa. Ada juga mouse yang berbentuk seperti tikus yang sebenar!Seperti contoh diatas ianya seperti mouse gaya Tron Legacy
KEYBOARD
Keyboard, atau dalam bahasa Malaysia papan kekunci, ialah papan yang mempunyai banyak kekunci huruf. Tujuan utamanya ialah semestinya untuk menaip perkataan. Papan kekunci juga terdapat special keys seperti Page Down, Page Up, Home, Tab dan seumpamanya. Keys ini ialah sebagai shortcut dan juga boleh menggantikan mouse. Spacebar ialah butang yang terpanjang pada keyboard. Kekunci W,A,S,D kebanyakan digunakan untuk bermain game. Kekunci ini adalah amat digemari pro gamers. Cuba anda menaip perkataan 'keyboard' pada google, tekan search dan klik pada images. Pada sebelah kiri anda, anda akan nampak sekeping coklat yang merupai papan kekunci!
SPEAKER
Akhir sekali, speaker. Alat Speaker inilah yang mengeluarkan bunyi pada komputer kamu. Speaker juga disertai dengan sound amplifiernya untuk menentukan kekuatan volume. Speaker-speaker yang lebih mahal akan mengeluarkan sound yang lebih sedap didengari. Speaker juga terdapat banyak jenis dan reka bentuk. Terdapat juga speaker Home Theater yang amat best soundnya sehingga anda dapat merasai anda berada di sebuah Theater.
Showing posts with label electronics. Show all posts
Showing posts with label electronics. Show all posts
Monday, December 20, 2010
Sunday, December 19, 2010
Komputer: Bab 1/2
Generasi baru computer! Computer pada zaman sekarang ni telah menjadi sangat canggih sehingga ia boleh digunakan untuk menguasai dunia. Tanpa komputer, kita akan rasa ketinggalan dan kehilangan. Kewujudan internet juga adalah disebabkan kehadiran komputer. Jika tiada internet, tiadalah Facebook bukan? Dan jika tiada Facebook, kita tentu akan boring kerana takde apa-apa yang hendak dibuat. Dibawah ialah gambar-gambar komputer mengikut era tahunan.
| Start from this... |
| To this... |
| To this...! |
| TO THIS..!! |
| AND FINALLY....THIS!!! |
Komputer-komputer pada zaman sekarang canggih-canggih belaka. Seperti skrin monitor, sekarang sudah ramai pengguna tidak lagi menggunakan monitor yang tebal berskrin pudar itu lagi. Kebanyakan pengguna menggunakan skrin monitor yang lebih nipis ketebalannya yang dapat menjimat lebih ruang. Skrin yang baharu ini juga lebih cerah, lebar dan ber-HD. Disebabkan skrin yang baharu lebih lebar dan besar, ramai pengguna menggunakannya untuk menonton downloaded movies. Skrin monitor yang baharu juga dapat menge-set kecerahan cahaya kepada beberapa kategori seperti 'text', 'economy', 'picture mode' dll. Kecerahan cahaya ketiga-tiga kategori itu adalah berlainan, dan anda semua tentu dapat agak kecerahan mod 'economy' itulah yang paling dull.
CPU
CPU, ya CPU inilah yang menjadi penggerak utama komputer anda. Tanpa CPU, komputer anda hanyalah mainan yang tak berguna. CPU adalah yang paling besaq pada meja komputer anda. Di situlah terletaknya hardisk, hardrive, GPU Core, Graphic Card etc etc. Hardisk di dalam CPU ialah untuk menyimpan data-data dan segala 'barang' dan maklumat. CPU pada zaman sekarang juga adalah lebih stylish, tahan lama, effisyen dan juga modern. Terdapat CPU yang juga sekecil notebook! Selain itu, ada juga CPU yang mempunyai cover yang tranparent supaya lebih senang untuk nampak jika ada sebarang masalah. CPU pada zaman sekarang juga dapat meletakkan lebih banyak kipas penyejuk supaya suhu di dalam CPU stabil. Di samping itu, CPU yang sekecil notebook dapat menjimatkan ruang dan kos. Ia juga dapat mengkagumkan kawan-kawan anda!
Bersambung....
Subscribe to:
Posts (Atom)


