Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa review berdasarkan komen


Tak sempat nak tengok cerita nie. Semua FULL. Bayang pakai otak jelah kalau nak tengok. Hikayat Merong Mahawangsa, filem teragung tahun nie. Masa diorang wat promosi filem nie, takut aku dibuatnya sebab takut nanti jadi senasib dengan filem 2 Alam. Namun, lepas pergi KRU Studios punya page kat Facebook, senang hati aku lepas baca komen-komen positif kat status-status diorang.

Nampaknya filem nie memang hebat. Aku boleh buat pengiraan dalam 90% komen positif dan hanya 10% komen negatif yang diterima KRU. Yeahh, baru ada mood sikit nak tengok. Filem nie juga tentunya akan membuatkan industri filem Malaysia melangkah ke arah dunia perfileman yang lebih maju.

Dekat page KRU Studios diorang menyatakan bahawa pada hari pertama filem HMM ini ditayangkan, ia sudah mencapai sebanyak setengah juta ringgit! Hebat tuuuuuuuuuuuuuu. Agaknya kalau lama-lama nanti mesti dah lebih 40 juta dah. Dah boleh bersaing dengan luar negara nyer pun. Aku tak sabar nak baca apa BPOP nyer komen pasal filem nie esok kat Berita Minggu. Kak Pora? Zubir? Raja? Apa komen hangpa semua?? Kah kah kah...

Anyway, back to title. Aku akan mereview pasal filem nie berdasarkan komen-komen orang dan hasil penyelidikan aku. Harap tepatlah.

* * * * *

Jalan cerita : 4.2/5 star rating
Kebanyakan orang cakap jalan cerita dia kena repair sikit. Mungkin sebab agak boring atau kurang menarik.

Babak lawan-lawan : 4.8/5 star rating
Memang tip top. Darah nampak real dude. Tapi lawan-lawan dia sedikit fake. Tengok trailer dia pun dah tahu.

Scenery : 4.8/5 star rating
Scenery dia memang best. Nur Kasih pun kalah kot. Tengok trailer dia pun dah tahu.

Bajet : 3.0/5 star rating
Sesaja nak rate pasal bajet nak buat filem dia. 8 juta kot diorang spend. 

Barang2 dia. Cthnya : kapal2 layar, senjata : 5/5 star rating
Kasi 5 star terus. Macam real. Walaupun bajet tidak seberapa, tetapi elemen-elemen inilah yang menghangatkan lagi filem ini.

Ending : 4.3/5 star rating 
Ending dia pendek sangat. Rasa tak puas. Panjangkan lagi ye.

Kesimpulannya, memang patut dijadikan sebagai filem teragung tahun nie.

p/s: Mantera, ha filem nie pun filem action juga. Filem nie diberi gelaran Ironman Malaysia. Memang gempak habis! Buatan Malaysia! Tapi grafik dia cam PSP. Gi lah tengok trailer dia!

No comments: