Sunday, December 19, 2010

Ole Ole Ole


Hari ini pasukan Harimau Muda telah berjaya membuatkan seluruh rakyat Malaysia bangga dengan berjaya mengalahkan Vietnam 2-0 dalam aggregate pada Piala Aff Suzuki 2010 sebentar tadi. Kejayaan tersebut akan membawa mereka ke final pertandingan ini. Sekarang ini cuma tinggal perlawanan Pasukan Filipina menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Kedua-dua gol tersebut adalah hasil jaringan Tuan Safee Sali pada babak first leg, 3 hari yang lepas. Beliau telah menunjukkan prestasi yang amat bagus pada waktu itu.

Sepanjang perlawanan tadi, saya dapat nilai daripada pasukan Malaysia bahawa mereka menggunakan strategi defensive kerana mereka telah bermain sepenuhnya pada bahagian defense dan mereka tidak langsung memberi peluang kepada pasukan Vietnam untuk melepaskan sebarang rembatan. Kebanyakan rembatan yang dilepaskan oleh pasukan Vietnam akan selalu dideflect oleh barisan defender pasukan Malaysia. Kesian betul...

Tetapi tak semua rembatan itu dideflect, terdapat juga beberapa shot dan header yang dihalang oleh penjaga gol pasukan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Beliau telah menunjukkan prestasi yang sungguh cemerlang sepanjang perlawanan.

Mohd Amri Yahya telah menjadi pemain substitute pada perlawanan tersebut. Lebih kurang pada minit yang ke-80, beliau mendapat peluang untuk bermain apabila digantikan dengan Khairul Fahmi Norshahrul Idlan.

Pasukan Vietnam memberikan performance yang cemerlang pada perlawanan tersebut. Main macam MU. Passing sticking, coorperation bagus. Pasukan Malaysia bermain agak sambalewa. Terlalu defensive. Nak attack pun kasi chance kat Vietnam. Passing agak teruk, tapi main clearance punyalah banyak.

Masa 5 minit sebelum masa habis masa pun barulah nampak belang diorang.

Malaysia paling banyak foul dengan offside pada perlawanan tersebut.

Abang-abang linesman mempunyai mata yang teramat tajam, sebab tu Malaysia banyak offside.

Sekian berita hari ini.

No comments: