Thursday, December 23, 2010

Henpon samsung galaxy dijual dengan harga RM150

Gambar dan berita sebenar daripada berita harian o9.

RAWANG <--- ( fuhhh jauh tu! ) : Pada suatu hari, ada beberapa lelaki ni. Diorang menjalankan sindiket penipuan dengan menjual henpon berjenama yang sebenarnya palsu dengan harga yang baik punya beb.

Diorang selalu mencari pelanggan, iaitu mangsa diorang dekat beberapa pasaraya di bandar ni. Diorang akan mendekati mangsa tersebut sambil memujuk rayu cam budak-budak sampai mangsa membeli henpon diorang.

Diorang jual henpon diorang dengan harga RM150 hingga RM200. Jenama yang terkemuka lak tu. Jika pelanggan tu enggan membeli, diorang akan turunkan harga sampai RM100!

Henpon diorang nie memang tak tahan, membazir duit kalau korang beli. Jadi jangan tertipu. Terdapat seorang mangsa yang terkena dia cakap henpon yang dia beli tu boleh tahan dua hari je. Pastu nak pergi hantar kedai takleh repair. Memang @#$%^!!

Satu lagi yang teruknya ialah diorang takkan cakap kat mana diorang dapat henpon-henpon tu kalau pelanggan tanya. Pelbagai excuses akan mereka bagi supaya pelanggan takkan tahu dan akan membeli henpon diorang.

Disebabkan diorang cari sasaran kat pusat shopping kompleks, ramai orang berasa tak selesa dengan kehadiran diorang sebab diganggu oleh diorang. Keselamatan pengguna pasar raya juga terancam apabila sering didatangi diorang.


*Gelaran 'diorang' diberi kepada kumpulan lelaki tersebut.

2 comments:

Trx said...

rela beli botol air bbentuk hp drpd beli hp tepi jalan. (~_^)

RedLife96 said...

btul3