Monday, December 27, 2010

Encik sekolah menghantui lagi



Tidaklah sebenarnya. Encik sekolah hanya menghantui budak-budak sekolah yang malas nak pergi sekolah je. Budak-budak yang malas pergi sekolah ni sebenarnya ada sebab-sebab yang negatif mengapa mereka tidak mahu pergi ke sekolah. Antaranya ialah selalu dimarahi oleh guru, ada masalah disiplin, tidak ada minat untuk belajar dll. Sebab-sebab inilah sebab-sebab utama mereka malas hendak ke sekolah. Jadi kepada mak bapak di rumah tu, berbincanglah dengan anak anda mengapa mereka malas hendak ke sekolah.

Yang suka sangat pergi ke sekolah tu, ada juga sebab-sebabnya termasuklah hendak berjumpa dengan kawan-kawan ( lebih-lebih lagi first day of school ) , ada azam yang baru untuk lebih kuat belajar, rindukan sekolah dll. Speaking of the first day of school, mesti lagi ramai budak-budak nak pergi sekolah kan? Kalau masa pertengahan tahun tu mesti dah berkurangan dah. Kahkah.

Balik kepada tajuk, ye, korang yang masih bersekolah tu dah beli semua perlengkapan sekolah belum? Ada yang dah beli, ada yang belom. Yang dah beli tuh mesti excited kan? Mood nak pergi sekolah pun bertambah ceria. Yang belum tuh, cepat-cepatlah beli. Takkan baru nak beli masa bukak sekolah kan? Kelam-kabut tuh, tapi ada juga yang buat macam tuh. Lagipun kalau beli masa sekolah dah bukak kan takde banyak masa. Stok pun dah berkurangan.

Kepada adik-adik yang baru memasuki darjah satu, tahniah. Kalau nak tahu memang best baru masuk darjah satu, sebab peperiksaan darjah satu senang giler! Kahkah. So ambillah peluang keemasan nie untuk mendapat tempat pertama di dalam kelas. Tambahan pula, jadi budak darjah satu nie best sebab tak banyak homework. Lagi-lagi hari pertama persekolahan, takde homework langsung!

Kepada pelajar yang baru masuk tingkatakkatan satu pula, tahniah kerana memasuki alam persekolahan yang penuh dengan cabaran ini. SMK ialah alam persekolahan yang mencabar dan penuh dengan rintangan. Anda akan berdepan dengan homework yang banyak, guru sejarah yang garang ( sebilangan sahaja ) mi goreng yang amat pedas, pertama kali berseluar hijau, buli, homework yang lebih banyak ( kadang2 ) ujian yang lebih tough, berhadapan dengan senior yang garang, bermula bersekolah sesi petang semula ( sekolah yang tertentu sahaja ) dan jerawat!! Perkataan jerawat diberi 2 tanda seru kerana ini ialah yang paling utama.

Sebagai pelajar tingkatan anda ada misi! Tanamlah sikap yang lebih tegas kerana anda sudah akil baligh dan grown up! Takleh bersikap noob dan pendiam pada usia sebegini ( sebenarnya nak jadi pun boleh, tak salah ) ! Dah tak boleh tangguh-tangguh homework kerana homework akan datang pada masa yang singkat! Jangan jadi samseng! Sebenarnya jadi samseng tak cool langsung! Sentiasa relax, be urself dan yakin! Paham??

* Transform balik menjadi orang biasa selepas menjadi sarjan berpangkat tiga *



So korang dah kemas semua barang-barang? Yang beli kasut bertali tuh, ikatlah siap-siap ye. Pada alam persekolahan, korang akan kembali membawa beg korang yang dipenuhi dengan buku-buku teks dan latihan yang berukuran 16 kg tuh. Korang akan start berpeluh dengan lebih banyak. Korang akan start memakai deodorant dengan banyaknya. Korang akan start memakai facial wash clean & clear untuk mengatasi muka korang yang lapan ratus juta kali ganda lebih berminyak daripada biasa tuh. Korang akan start membuang tahee-tahee dalam otak korang tuh dengan mengisi balik dengan ilmu-ilmu yang fresh from the oven. Korang dah takkan merasai kerinduan terhadap kawan-kawan korang tuh, sebab SEMUANYA........................akan korang hadapi apabila korang start bersekolah......!

No comments: